Muqaddimah

Izinkan saya terlebih dahulu memanjatkan puji dan syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa yang telah melimpahkan rahmat, taufik serta hidayahNya hingga membolehkan saya meneruskan usaha-usaha dan rancangan- rancangan untuk memajukan diri dalam segala lapangan ilmu.

Sungguhpun tidak ada kejayaan tanpa kerjasama dan pengorbanan. Justeru itu saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan terima kasih saya kepada semua rakan sekerja saya di SK Tanjung Sepat yang telah banyak berkorban masa, moral dan material di dalam setiap aktiviti yang telah dirancangkan. Saya amat mengkagumi semangat rakan-rakan sekerja yang mahu turut serta di dalam setiap program disamping turut menyumbang wang bagi membiayai setiap program yang dijalankan.

Ini juga merupakan satu program tersembunyi untuk kita bersama supaya berusaha atau berwirausaha. Kita berusaha untuk merancang program kita. Kita tidak sanggup melihat bahawa kewangan akan menjadi punca kelemahan pada setiap program. Kewangan bukan alasan untuk tidak melaksanakan program. Saya menyeru kepada rakan-rakan saya supaya jangan mengambil alasan kewangan sebagai penghalang kerja kita.

Cubalah menghayati konsep kesederhanaan di dalam melaksanakan kerja.Sesungghnya saya amat bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana telah ditemukan saya dengan rakan-rakan kerja yang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan kewangan dalam menjayakan setiap program yang sama-sama dirancangkan.

Sesungguhnya kunci kerja yang dipegang oleh saya dan rakan ialah "kegembiraan" di dalam melaksanakan kerja. Kegembiraan akan menimbulkan semangat kerja yang unggul dan berterusan. Kami amat takut dan cuba menghindarkan suasana kerja yang mengakibatkan tidak timbul kegembiraan di dalam melaksanakan kerja kerana hasil dari itu kerja tidak akan menjadi, tidak berhasil, tidak berjaya dan disinilah kita akan melihat kegelisahan, ketidak puasan hati yang akan akhirnya menjana kepada kelembapan, kemunduran dan kehancuran.

Jalinan dan jaringan kerja haruslah diikatkan sebagai ikatan kekeluargaan di dalam apa juga urusan kerana ianya akan membawa keberkatan dan kejayaan. Melalui halaman ini saya mengucapkan terima kasih setinggi-tinggi penghargaan atas segala bantuan dan dokongan oleh rakan, sahabat dan keluarga saya terutama isteri yang tersayang Asma' Othman serta semua pihak yang telah memberi sokongan.

Semoga Tuhan memberikan limpah rahmatNya di atas segala baik budi yang telah dihulurkan. Sekian, terima kasih.

12.51pm
Bandar Baru Salak Tinggi