Mencegah lebih baik dari mengubati

alahai cutenya~


Biasa kita dengar pepatah tersebut bukan. Dalam pepatah arab ada menyebutkan الوقاية خير من العلاج bermaksud memelihara itu lebih baik dari merawat. Pantas dalam fikiran kita akan terbayang mengenai hal-hal kesihatan diri .


Dalam artikel ini saya suka untuk berkongsi cerita dari pembacaan saya mengenai keadaan masyarakat hari ini yang kritikal menghidapi masalah kesihatan jati diri dan keluarga Islam. Ammarah binti Abdullah menyatakan rasa kesalnya terhadap bangsanya sehingga menitiskan air mata. Remaja perempuan berumur 14 tahun itu bersama anak saudaranya bersama dalam keadaan yang kurang sedap dilihat. Respon dan peranan kita sebagai individu amatlah diperlukan untuk me'natural'kan umat Islam yang dilanda kemusnahan identiti.


Jelas dan terang bahawa semua yang berlaku ini adalah disebabkan oleh kita sendiri sebagaimana dalam firmanNya ظهر الفساد في البر والبحر بما كسبت أيدي الناس . Mafhumnya " Telah nyata kemusnahan di darat dan di laut disebabkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri". Jadi bolehkah kita salahkan orang lain dalam hal ini ?


Tertarik untuk kita kongsi bersama ialah menjurus kepada pendidikan / tarbiah dari awal kanak-kanak. Pemakaian yang baik dan berlandaskan syariat haruslah disemai dalam jiwa-jiwa suci itu. Jadikan ia adat baginya dahulu sebelum mereka tahu ia adalah ibadat.

Kita perlu pelihara diri : Pandangan mata ; melalui mata akan jatuh ke hati. Menjauhi pemakaian yang ketat, lutsinar dan nipis. Mengawal anggota badan dari perbuatan yang menjurus maksiat. Mengurangi makan dan tidur. Berusaha mencari sahabat yang soleh.

Kita perlu rawat diri : Perbanyakan istighfar, taubat serta tilawah al Quran . Menyukai kemaafan dari buruk sangka. Gesaan matlamat syurga dan neraka diwujudkan. Faham kelangsungan remaja dalam kehidupan manusia.

Comments