MABADI’ ILMU TAJWID
وَالأَخْذُ بِالتَّجْوِيدِ
حَتْمُ لاَزِمُ مَنْ لَمْ
يُجَوِّدِ القُرْءَان ءَاثِمُ
لِأَنَّهُ بِهِ الْإِلَهُ أَنزَلَا وَهَكَذَا مِنْهُ إِلَيْنَا وَصَلَا
Dan beramal
dengan tajwid itu satu kewajipan. Barangsiapa yang tidak mentajwidkan al-Quran
maka ia berdosa. Kerana bersama-sama dengan tajwid, Allah menurunkan al-Quran,
dan demikianlah al-Quran itu sampai kepada kita. - Imam Ibn Al
Jazari -
DEFINISI
TAJWID
|
|
Memperelokkan
sesuatu.
|
Iaitu
mengeluarkan setiap huruf hijaiyah dari makhrajnya dan diberikan haknya
dan mustahaknya.
|
KETERANGAN
|
||
Hak
|
Sifat
Asal
|
Contoh
Syiddah, Isti’la dan Istitholah.
|
Mustahak
|
Sifat
Mendatang
|
Contoh
Idgham, Izhar dan Tafkhim.
|
HUKUM
|
||
1.
|
Fardhu
kifayah
|
Belajar
teori Ilmu Tajwid.
|
2.
|
Fardhu
ain
|
Mengamalkannya
/ Praktikalnya.
|
MATLAMAT
|
Memelihara
sebutan atau ucapan daripada melakukan kesalahan dalam membaca Al-Quran.
|
RUKUN
BACAAN AL-QURAN
|
|
1
|
Bertepatan
dengan satu wajah dari wajah-wajah Nahu.[1]
|
2
|
Bertepatan
dengan Rasm Uthmani.[2]
|
3
|
Sah
sanad.[3]
|
MARTABAT BACAAN AL-QURAN
|
||||
1
|
Tahqiq
|
التَحْقِيق
|
Bacaan lambat dan bertajwid serta tadabbur.
|
Pertandingan Tilawah
|
2
|
Tadwir
|
التَدْوِير
|
Bacaan sederhana dan bertajwid.
|
Ketika Solat
|
3
|
Hadr
|
الحَدْر
|
Bacaan laju dan bertajwid.
|
Mengulang Al-Quran
|
Ketiga-tiga martabat ini termasuk di dalam bacaan tartil.[4]
التَرْتِيل
|
[1] Setiap bacaan perlu bertepatan dengan kaedah nahu walaupun kaedah tersebut
tidak masyhur contohnya kalimah (öNä3ͬ͑$t/) Al-Baqarah Ayat 54. Qiraat Nafi’, Ibn Kathir, Ibn ‘Amir, ‘Ashim,
Hamzah dan Al-Kisaei membaca huruf hamzah dengan kasrah, wajah ini masyhur
dalam kaedah Bahasa Arab. Qiraat Abu ‘Amru membaca dengan sukun pada huruf
hamzah. Manakala riwayat al-Duri membaca dengan ikhtilas iaitu membaca ⅓ atau ⅔
harakat.
[2] Bertepatan dengan salah satu daripada 6 mushaf Rasm’Uthmani.
Terbahagi kepada 3 bahagian.1) Bersalahan dengan sebahagian mushaf tetapi
bersamaan dengan mushaf yang lain. 2) Bersamaan dengan mushaf Rasm ‘Uthmani
dalam keadaan Muhaqqaqah atau Muhtamalah. 3) Perbezaan rasm yang sedikit pada
tempat yang tertentu yang dimaafkan. Felza Zulhibri Abdul Majid. 2014. Tajwid
Teori Mudah.
[3] Bacaan Al-Quran itu diambil daripada guru yang mutqin iaitu yang
diiktiraf ilmunya merujuk pada pembelajaran bacaan Al-Quran dan amanah dengan
ilmunya, dengan itu dapat menghindar daripada kesalahan bacaan dan bersambung
pembacaan Al-Qurannya kepada Rasulullah s.a.w.
[4] Dikeluarkan oleh Ibn Al-Jazari dalam Al-Nasyr berkata Saidina Ali
r.a. “Tartil itu: tajwid pada huruf dan pengetahuan tempat waqaf”. Muhammad
Tariq Al-Siddiq. 2015. Nur Al-Jamal Syarh Tuhfatu Al-Atfal.
Comments
Post a Comment