Zikir Hakiki

Peribadi berdzikir.. Dzikir menjadi keperibadiannya. Allah S.W.T tujuannya, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menjadi teladan dalam hidupnya. Dunia ini pun menjadi syurga sebelum syurga sebenarnya. Bumi menjadi masjid baginya.
Rumah, pejabat bahkan hotel sekalipun menjadi musolla baginya. Tempat ia berpijak, meja kerja, kamar tidur hamparan sejadah baginya…Kalau dia bicara, bicaranya dakwah. Kalau dia berdiam, diamnya berdzikir. Nafasnya tasbih.....
Matanya penuh rahmat Allah S.W.T, penuh kasih sayang. Telinganya terjaga, fikirannya baik sangka. Tidak sinis, tidak pesimis, dan tidak suka membodis. Hatinya…? Subhanallah! Diam-diam berdoa. Doanya diam-diam! Tangannya bersedekah. Kakinya berjihad dan dia tidak mahu melangkah sia-sia. Kekuatannya silaturahim. Kerinduannya, tegaknya syari’at Allah S.W.T. Kalau memang hak tujuannya, maka sabar dan kasih sayang strateginya. Asma amaani naa, Cita-citanya tertinggi, teragung…syahid di jalan Allah. Dan sungguh menarik, kesibukannya dia hanya asyik memperbaiki dirinya. Tidak tertarik mencari kekurangan apalagi ‘aib orang lain.
Hadirilah majlis-majlis dzikir. Raihlah keperibadian berdzikir dengan selalu hadir menikmati hidangan hidayah Allah terlazat…. Dzikrullah…

Comments

  1. gambar nie amik sendiri di atas puncak sinai.. mase nak menuruni bukit penuh sejarah itu

    ReplyDelete

Post a Comment