Rintihan Zaman

Sungguh..! inilah hakikat hidup ini yang memerlukan ketabahan dan semangat yang kuat tika mana kita berada di bawah suatu putaran roda. Terhimpit...! memang terhimpit, ilahi mahu menduga diri ini. Kecewa..! memang kecewa.. Bicara hati mahukan yang indah² belaka, mahukan yang mudah² belaka. Kecewa..!!?? benar² kecewa tika mana orang lain menyambutnya dengan senyuman dan tawa atas realiti zaman mendahului hikmah dan masa, diriku ini bagai merasa iri hati terhadap mereka. Diam ku di salah sangka, tawa ku bagai muram durjana. Biarlah apa orang nak kata..

Renungan sejenak bagi mereka yang pandai berbicara dan halus pujian, mahukan bilah² daun kertas yang hanya mampu memauti harta di dunia. Bicara ilmu mudah di salah erti, bagaimana mahu membawa diri dalam dunia realiti yang penuh duri. Senyum bangga diri tiada erti jika diri tiada hati yang suci.

Comments