Seusai Imtihan

Seusai imtihan .. memerah kepala berhari² merebut impian selama menadah ilmu di sini.. perjalanan mencari pengalaman baru berkobar² untuk menempuhi cabaran hidup ini.. di selangi dengan debaran hari² keluarnya natijah pada awal bulan ini.. kami pelajar² tahun akhir di panggil dalam sesi taklimat pelajar tahun akhir.. antara yang terlekat di kepala ini dalam sesi taklimat itu adalah belajarlah mencari kebijaksanaan.

Benarkah kita perlukan kebijaksaan dalam mengejar segala kesempatan dan impian.Benarkah kebijaksanaan itu bila kita dapat melepaskan diri dari segala permasalahan dengan merebut hak² dan impian orang lain.Berjayakah seorang yang bijaksana itu membawa seorang ke arah kebaikan kerana kebijaksanaan yang disandarkan dengan sesuatu dasar yang dipertikaikan. Entahlah, kadang² kepala ini bingung memikirkan benda² yang kompleks ini..

Bagi diri ini yang penting bagi merebut kebijaksanaan impian ini, jangan di sisihkan segala kehendak syariat dan hakikat berdasarkan kalam ilahi dan pesuruhnya. Berhati² di dalam merebutinya agar kita tidak terpesong atau tergelincir dari laluan yang sebenar.Jangan ada rasa merasai kebendaan itu adalah segala²nya dalam hidup ini.

Comments