21 August 2007

Buat Teman²ku

Hari ini mungkin kita letih.. ingatlah dalam masa yang sama ada orang yang lebih letih dari kita.. kita cakap hal orang.. kau salah.. dan kau tetap salah dalam mengatur strategi.. Ingatlah.. kita pun pernah salah dan pernah tersilap mengatur strategi.. setiap orang pernah mengharunginya.. setiap orang pernah membuat kesalahan.. terimalah dengan hati yang ikhlas dengan kekalahan kita.. tak semua orang perfect.. yang paling perfect hanyalah Allah.. sebab itulah pendahuluan kita ditujukan atas kehebatan yang Maha Esa dahulu dan ikhlas dalam beramal islami. Semuanya akan terhenti dan akur atas kehendak takdirnya.. Akur pada takdir ertinya redha atas ketentuanNya. Tiada orang yang redha padaNya melainkan Allah redha padanya.. Ingatlah wahai teman.. biar seribu kita jatuh bangun.. biar kita tetap ikhlas dan redha pada kehendak takdirNya.. terimalah walau sehebat mana..

0 komen:

Post a Comment