Tika mana kaki ini melangkah ke sebuah kota lama yang punyai beribu² sejarah dari pelbagai sudut. terdetik hati ini untuk mengenali siapakah yang empunya kota lama ini. siapakah gerangan tuan yang empunya kota lama ini. Siapakah jiwa² besar yang berjaya menakluki setiap hati penduduk dan kota di bumi syam ini. jiwa yang besar dibaluti dengan kehambaan kpadaNya. redha tuhan melembehi redha manusia. ikhlas menabur permata nabi di setiap pelusuk jiwa² yang baru memekar kembang bak kuntuman mekar di pagi hari. hari demi hari ku melihat peribadi² mulia di celah² jiwa rakyat. kerdil dima besar di sanubari. itulah ulama sebenar. bukan di nilai melalui keagungan di mata zahir semata bahkan di jiwa setiap hati. pernah ku dengari ulama yang sebenar itu adalah ulama yang diiktiraf oleh ulama yang lain. carilah ulama yang demikian, mudah²an ilmu yang diberikan itu mendapat berkah serta mudah diadaptasikan dalam kehidupan.insyaAllah

Comments