19 January 2008

Bilad al-Sham

Syria (bahasa Arab: سوريا ‎ Sūriyā atau سورية Sūriyah), secara rasminya Republik Arab Syria (Arabic: الجمهورية العربية السورية) , ialah sebuah negara di Asia Barat Daya yang bersempadan dengan Laut Mediterranean dan Lubnan di barat, Israel di barat daya, Jordan di selatan, Iraq di timur, dan Turkey di utara. Negara Syria moden ialah bekas mandat Perancis yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1946, tetapi memerikan sejarahnya seawal alaf ke-4 SM; ibu negaranya Damsyik pernah dijadikan pusat pentadbiran Empayar Umayyad dan sebuah ibu wilayah Empayar Mamluk.

Syria mempunyai seramai 19.3 juta orang penduduk, kebanyakannya penganut agama Islam Sunah berbahasa Arab iaitu 74% daripada seluruh populasi. Golongan Muslim lain termasuk mazhab Alawit pada 11%, Druze dan mazhab Islam lain pada 5%. Terdapat juga pelbagai mazhab Kristian yang membentuk 10% daripada seluruh populasi.

Sejak tahun 1963 negara ini ditadbir oleh Parti Baath; sejak 1970, ketua negeri sentiasa merupakan ahli keluarga Assad. Presiden Syria masa kini ialah Bashar al-Assad, anak kepada Hafez al-Assad yang memegang jawatan dari tahun 1970 sehinggalah meninggal dunia pada tahun 2000.

Mengikut sejarah, Syria pernah juga menakluki wilayah Lubnan, Israel, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian-bahagian Jordan, tetapi terkecuali rantau Jazira di timur laut kawasan Syira moden.

Dalam erti kata sejarah, kawasan ini dikenali sebagai Syria Besar atau nama Arabnya Bilad al-Sham (بلاد الشام) . Kerajaan Syria telah melepaskan tuntutannya terhadap rantau İskenderun, yang sekarang merupakan sebahagian wilayah Hatay di Turki. Kawasan ini pernah dijadikan sebahagian Syria, tetapi pihak Damsyik bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan Turki sebagai sebahagian perjanjian damai dalam sedekad yang lalu. Ketika perang Enam Hari tahun 1967, Israel menawan Tanah Tinggi Golan daripada Syria.

Nama Syria berasal daripada nama Greek kuno "Syrians", Σύροι Syroi, yang dipakai oleh orang Greek untuk menggelar orang Assyria. Nama itu mungkin merupakan berasal daripada Ἀσσυρία, Assyria, yang berasal pula daripada Aššur dalam bahasa Akkadia.

Sumber dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

0 komen:

Post a Comment