19 January 2008

Institusi Bahasa Arab Maahad Lughah

Arabic Teaching Institute for Foreigners

Pengenalan

Institut ini ditubuhkan dan bernaung dibawah Kementerian Pelajaran Republik Arab Syria pada tahun 1973 yang terletak di Mazzah, Damascus . Tujuan penubuhan adalah untuk memperluaskan pengunaan bahasa Arab disamping memperkenalkan budaya masyarakat Arab kepada dunia luar. Institut ini juga menerima pelajar dari mana-mana negara dari seluruh dunia.

Tenaga Pengajar

Tenaga pengajar terdiri dari guru-guru lelaki atau perempuan yang berpengalaman khusus dalam mengajar pelajar asing. Guru-guru disini mengunakan seluruh teknik pengajaran bahasa seperti;

• Perbualan • Menulis • Mendengar • Pemahaman • Bacaan

Kesemua teknik ini diterapkan bukan hanya dikhususkan di dalam bilik kelas, tetapi juga dipraktikkan melalui kegiatan-kegiatan luar kelas (ko-kurikulum) seperti;

• Menonton video atau cinema sejarah • Rehlah • Melawat tempat-tempat bersejarah • Dan lain-lain.

Sistem Pengajian

Ma'ahad ini menyediakan dua pengajian khas untuk pengajian Bahasa Arab.

• Pengajian Musim Sejuk. Pengajian ini bermula dari 1hb Oktober sehingga 15hb. May (mengikut perubahan) setiap tahun dan mempunyai cuti selama 2 minggu.

• Pengajian Musim Panas. -Pengajian ini bermula dari 1hb jun sehingga 15hb September (mengikut perubahan) setiap tahun dan mempunyai cuti selama 1 minggu.

Waktu dan Hari Pengajian

- Waktu pengajian bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. - Hari pengajian adalah bermula pada hari Ahad sehingga Khamis (Jumaat dan Sabtu cuti)

Tahap Pengajian dan Peperiksaan

Terdapat 4 tahap pengajian yang sediakan oleh ma'ahad ;

• Tahap pertama : KELAS PERSEDIAAN : (mubtadik)-Asas
• Tahap kedua : KELAS AWAL : (awal)-Perbualan
• Tahap ketiga : KELAS PERTENGAHAN : (mutawasit)- Penulisan
• Tahap keempat : KELAS AKHIR : (thani)-Karangan, ia terbahagi kepada dua iaitu;
1. Kelas Akhir Tinggi (A)
2. Kelas Akhir Bawah (B)

0 komen:

Post a Comment