Dr Mahmoud Al Zahar

Berikut adalah ucapan Dr Mahmoud Al Zahar, pimpinan tertinggi Hamas semasa lawatan singkat beliau ke Malaysia. Terbaru, anak kedua beliau , Houssam, 22, adalah komandan tentera Briged al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas di Tebing Gaza, telah syahid dalam serangan rejim Zionis Israel.

“Saudara-saudara dari Malaysia, saya tahu terdapat masalah dalam pengumpulan dana bagi membantu kami di Palestin. Saya ingin nyatakan bahawa, terus kumpulkan dana untuk membantu kami. Kita mempunyai banyak sumber dan bank, kecuali yang diboikot. Kita tetap dapat menyampaikan bantuan itu kepada rakyat Palestin melalui bank, secara langsung atau cara yang lain.

“Saya amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah membantu kami dan bantuan telah sampai kepada kami. Ini adalah sebahagian daripada tuntutan dan kewajipan kita bersama bagi membantu saudara-saudara kita terutamanya yang sedang terkepung di Gaza sekarang ini.
“Saya ingin memyampaikan tiga pesanan buat rakyat Malaysia. Pertama, hendaknya mereka terus mendukung perjuangan rakyat Palestin dan sentiasa mendoakan mereka walaupun jauh dari segi geografi. Hendaknya mereka terus menyakini bahawa kami tidak akan berundur walaupun setapak daripada memperjuangkan hak kami di Palestin khususnya kami sebagai pemerintah yang baru dipilih oleh rakyat Palesin secara demokrasi dan bersih.

“Kami tidak akan berundur daripada memperjuangkan hak kami untuk kembali. Kami tidak akan berundur dalam mempertahankan tanah kami yang telah di rampas dan hak semua tahanan termasuk wanita dan kanak-kanak untuk dibebaskan daripada penjara Zionis Israel. Ini adalah janji kami. Kerana itu teruskan dukungan, demonstrasi dan bantuan dana mahupun moral kepada kami di Palestin.

“Kedua, hendaknya berusaha keras menyampaikan berita dan maklumat kepada masyarakat umum terhadap masalah konflik Zionis Israel–Palestin. Ini boleh disampai melalui surat, media massa, perhimpunan dan pernyataan pendapat. Ingatlah bahawa isu ini bukan konflik antara Israel–Palestin semata-mata. Tetapi ini adalah konflik perancangan Barat yang didukung oleh Amerika Syarikat dan Zionis bagi menentang Islam dan gerakan Islam yang sedang bangkit.
“Atas dasar inilah kami amat mengharapkan seluruh rakyat Malaysia, parti-parti politik, NGO dan media massa berusaha menyampaikan maklumat yang sebenarnya apa yang sedang berlaku di bumi Gaza Palestin. Ini adalah jenayah perang tentera Zionis Israel dengan dukungan Amerika dan sekutunya.

“Ketiga, hendaknya seluruh rakyat Malaysia dan setiap mereka yang ikhlas memahami bahawa ‘kesatuan nasional’ adalah matlamat kami. Secara mutlak, kami tidak akan sekali-kali terjebak dalam perang saudara dan tidak akan mengangkat senjata menghadapi saudara sesama kami.
“Adapun orang-orang yang melakukan kekacauan dengan menggunakan senjata, itu adalah unsur-unsur yang jahat dan mereka menjadi agen yang ditugaskan untuk menimbulkan masalah dan konflik di antara rakyat Palestin. Mereka ingin menunjukkan bahawa gerakan Hamas berlumuran dengan darah bangsa Palestin sendiri. Kami berjanji sesungguhnya kami daripada Hamas tidak akan terjebak dalam hal ini dan tetap berpegang pada kesatuan nasional. Musuh kami adalah Zionis Israel yang akan kami perangi hingga titisan darah yang terakhir.

“Dan kami ingin menyampai berita bahawa seluruh rakyat Palestin kini sedang berada di belakang Hamas. Walaupun kamu sedang dikepung oleh tentera Zionis Israel di segenap sudut dan menghadapi ujian yang amat getir, kami amat yakin dengan janji-janji Allah SWT terhadap mereka yang berjuang serta membela bumi suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa. “Inilah pesanan yang di sampaikan kepada kita semua di Malaysia. Sama-sama kita mengambil renungan dan berdoa agar kejahatan Zionis Israel akan hancur jua dan saudara-saudara kita di bumi suci Palestin di lindungi oleh Allah SWT, insya-Allah.

Comments