Teman Hidupku Bersama Selamanya..


Sejak meninggalkan alam universiti pada tahun 2008 yang lalu, untuk menulis di blog ni cukup terhad. Kesempatan untuk menulis bagai tiada waktu. Masa banyak dihabiskan untuk kerja mencari duit buat persediaan majlis perkawinan. Tarikh yang ditunggu-tunggu telah berlalu. Tanggal 8hb Februari 2009 cukup bermakna untuk kami berdua untuk melayari kehidupan sampai akhirnya. Seusai belajar di Maahad Lughah Al Arabiya Lil Ajanib, Syria bergegas pulang ke Malaysia melewati sempadan jordan dan mesir. Macam-macam dugaan ketika itu untuk melepasi hudud di kedua-dua negara. Alhamdulillah.. walaupun getir ada hikmahnya.


Nak di jadikan cerita sampai jer kat mesir tu aku mula mengenali seorang yang aku tak pernah kenali seumur hidup aku sebelum ni. Aku mengenali peneman hidup aku tika aku sibuk buat persiapan untuk pulang ke malaysia. Ketika itu aku berada di Mesir, sibuk wat persiapan beli ole-ole untuk keluarga tercinta. Di pendekkan cerita, mulalah episod mesej-mesej. Orang kata 'cinta it'. Sampai jer kat malaysia kena pulak demam campak, aduih.. penat duk ataih katil selama seminggu. Sembuh je bermulalah usaha mencari kerja. Dapatlah mengajar kat MTAQSA Shah Alam. Bleyla tampung-tampung hidup kan.. lagi satu dekat plak ngan rumah bakal mak mertua ehe.. pejam celik pejam celik dapatlah gak aku bertahan 6 bulan kat situ.


Sebagai guru biasalah macam-macam rintangan yang dihadapi, itu bagi aku jadikan pengalaman yang patut di muhasabahkan untuk masa hadapan. Tapi yang menariknya, bila jadi guru ni, anak murid kita tu yang buatkan kita lebih bersemangat untuk meneruskan usaha mendidik anak bangsa. Mereka tetap mengingati kita walaupun jauh di mata.


Kembali cerita tentang kami ni.. Di sini aku perkenalkan isteri aku yang tercinta.. ASMA' BT SYEIKHUL MAQARI' HJ OTHMAN. Takharuji min Jamiah Mu'tah Urdun Ardul Kinanah. Umurnya 21 tahun, beza aku ngan dia 5 tahun. Dia sulung dan aku plak bongsu. Orang cakap kami ni serasi, sepadan dek kerana umur. Amin..! selamanya. Kami diijab kabulkan pada 11hb Disember 2009 oleh bapa pengantin perempuan sendiri dan di langsungkan pada 31 Januari 2009 di Masjid Negeri. Tarikh pernikahan kami telah dilangsungkan dengan penuh kemeriahan, lebih-lebih lagi ia di rakamkan dalam berita tv9 sebagai pernikahan secara online. Walaupun begitu jangkal ia tetap sah di sisi syarak. teringat aku kata-kata pembaca berita di hujung berita tv9 pada malam itu. Aku begitu teruja oleh kerana terlalu gembira dapat disaksikan pernikahan kami ini oleh semua orang. Perintis lah lebih kurang tu.. ehe


Kini aku dan dia berada di dalam sebuah keluarga untuk meneruskan kehidupan.. Doakan kami bahagia selamanya dunia dan akhirat...

Comments