Halwa Hari Ini

"Dunia bersifat sementara, maka kebahagian yg dikandungnya juga bersifat sementara, sebaliknya akhirat bersifat kekal & kebahagiannya juga bersifat abadi - Hukama'

"Ketika hatiku menjadi keras dan pernafasanku sempit aku jadikan harapan untuk mencapai keampunanMu sebagai tangga. Dosaku sangat besar namun ketikaku bandingkan ternyata keampunan dari tuhanku adalah lebih besar."
IMAM SYAFIE'

Buta hati, lupa zikrullah dan lalai akan menjauhkan diri daripada ketetapan Allah dan org yg syak wasangka akan tertipu oleh angan² - Saidina Ali.A

Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, malaikat²nya kitab²nya, rasul²nya dan juga hari akhirat maka ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh²nya (4:136)

Buku yg selalu dibaca tidak akan mengumpul habuk dan debu. Berjinak²lah dengan buku kerana ia adalah teman yg paling berguna menimba ilmu.

Dan sesiapa yg bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada tuhannya dengan sebenar² taubat (25:71)

Bukan pula iman itu semata-mata mengetahui erti dan hakikat iman, kerana ramai org yang mengetahui hakikat iman sedangkan mereka tidak pula beriman- fuqaha.

Comments