MHK 2009


Sambutan Hari Keluarga Sempena Maulidul Rasul 1430 H berjalan lancar walaupun berlaku sedikit kekeliruan masa. Tanggal 8 Mac 2009 mengukir kembali sejarah buat keluarga kami dengan mengadakan satu aktiviti tahunan yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silatulrahim dan memupuk kerjasama antara ahli keluarga. Kehadiran 'orang baru' dalam keluarga besar ini menggamit suasana antara ahli keluarga.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah sukaneka untuk ibubapa dan kanak-kanak seperti mengupas nenas dan limau, meraut lidi, melukis dan mewarna, meniup belon, membawa bola dalam sudu dan lain-lain lagi. Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat dan diakhiri dengan penyampaian hadiah serta sessi bergambar.

Moga ukhwah terus berkekalan selamanya..


Comments