Perhatian

Malam semalam seperti hari2 biasa aku ngajar ngaji kat Shah Alam. Satu soalan diajukan kat aku berkenaan tanda berhenti (waqaf). Dalam istilah ilmu tajwid, tanda tu ialah tanda waqaf jaiz yakni harus berhenti di tempat tersebut. Yang menjadi kemusykilannya ialah tanda yang ditandakan dengan simbol huruf jim tu diletakkan di atas huruf ya pada kalimah ” al musi’ ” al Ghafir/mukmin ayat 58. Sedangkan kalimah tu wajib berhenti pada huruf hamzah.

Bagaimana harus orang awam yang membacanya kalau tak reti bahasa arab atau tak tahu maknanya. Menjadi satu kesalahan yang besar apabila berhenti pada ” al musiy ” iaitu pada ya. Tanda waqaf tersebut diletakkan DI ATAS huruf ya, sebab tu lah kalau yang tak tahu maknanya akan terberhenti pada ya. Jadi wajib bagi kita berhenti pada hamzah DENGAN MEMBACA ” al MUSI’ ” dengan hamzah. Adalah menjadi satu kesalahan besar yang boleh mendatangkan dosa bagi kita sekiranya kita membaca dengan meninggalkan huruf hamzah tersebut. Maklumat yang aku tahu, hanya sebahagian mushaf al quran yang dicetak begitu. Jadi, tolong semak bacaan korang dengan ‘ahlinya’.. wallahu a’lam

Comments