Resipi Kejayaan

' Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal. Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan '.

Begitulah kata-kata Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan yang telah mengejutkan kita dengan keputusan cemerlangnya dalam peperiksaan SPM dengan mendapat 20A. Tahniah diucapkan kepada beliau!

Comments