Tersurat dan Tersirat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini terdetik pula di hati ini untuk merujuk nama kita sendiri untuk mengetahui maknanya, apa yang tersirat di sebaliknya dll.


تَوْفِيقٌ = عَوْنٌ، مُسَاعَدَةٌ

bantuan, pertolongan

help, aid

@
تَوْفِيق = إِرْشَادٌ

petunjuk

guidance

Di dalam al Quran ada disebutkan kalimah ' taufiq' beberapa kali antaranya pada surah an Nisa' ayat 62. Dari dulu lagi ibubapa sering bangga dengan nama anak-anak mereka. Dinamakan dengan nama-nama yang baik agar anak itu pun mempunyai perangai yang baik mengikut nama yang diberikannya.Sebagai muhasabah diri, kelakuan aku ini sama tak dengan kehendak ibubapa aku harapkan. Aku yakin hanya sedikit sahaja yang dapat aku sempurnakan. Tidak lebih dari itu, bahkan kurang.
Kita selalu dengar masa kecil-kecil dulu, kalau nak panggil nama anak kita itu kena penuh-penuh. Misalnya Muhammad, jangan panggil mat jer. Rosak maknanya. Dah besar ni baru aku tau, kenapa. Sebabnya, pada hari kiamat nanti, ketika kita dipanggil untuk hari hisab, kita akan dipanggil dengan nama kita di dunia. Kalau mat kering, mat keringla kena panggil. Malu tak rasanya nanti. Itu ok lagi, kalau mat tempe nampaklah sangat orang jawanya ahaks.Lagi satu, kita biasa tengok kat tv ke mana-mana. Nama dia dah elok misalnya Johan, tapi mahu orang lain mengenalinya dengan Joe atau dengan nama-nama yang ke'orangputih'an. Bukankah kita bakal dikumpulkan di akhirat kelak bersama dengan orang yang kita ikuti di dunia ini. Mahukah kita dihimpunkan dengan orang-orang kafir. Nauzubillah..!
'Ala kulli hal, pilihla nama yang baik untuk diri kita, anak-anak kita, kawan-kawan kita. Samada berbentuk panggilan atau sebagainya. Agar dengan panggilan tersebut, ia menjadi satu doa yang baik untuk orang yang kita panggil itu. Wallahu a'lam.

Comments