" 3 in 1 "

Habis.. ! Otak kiri kini mulai beroperasi kembali setelah beberapa hari tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Jadi bila jer 'start' kenalah warming up dulu.. berpusing juga mau diligatkan kembali. Hari ini, pagi-pagi lagi bertolak dari Shah Alam ke Kuala Kubu Bharu. Perjalanan hampir 2 jam setengah itu terasa 'harmoni' bila ditemani isteri tercinta. Walaupun badan penat dan letih, mata kuyu, masih lagi boleh memandu dengan bersemangat.

Dalam kelas, 'si pembenar' ni pula tak lancar tasmi', aduh mengeluh panjang hati aku di dalam hati. Isteri aku dah 2 jam kat dalam kereta tu, macamanalah agaknya. " ayat ni susah la nak hafal " begitulah rintihannya. Hati kecil ni berkata, dah tau susah hafal lah awal-awal, cuti dua hari buat apa..! Jarum panjang jam dah kat nombor 6, cepatla habis die ni tasmi'. kring! kring! hadi call plak. Mesti nak resit die nie. Agakan aku tepat. Apa pun satu-satu kena 'settlekan'. Jam 10.45 am segalanya selesai di situ.

2.08pm tergesa-gesa aku mempersiapkan diri untuk ke kelas petang, walaupun hanya 5 minit untuk sampai ke sra al imaniah dari blok aku. Sempat tangan ini meneguk segelas air, cukuplah bekal sampai pukul 6.30pm nanti. Sekolah. "ustaz ada orang muntah" adui~ budak nie, kenapalah jadi macam nie. Sakit perut. Ooo.. Tolong ustaz bersihkan yer. Syukur alhamdulillah, ada juga yang mahu ringan tangan membantu. Otak ini dah 360 darjah nie. Cepatlah 6.30pm...!

Lebat selebatnya hujan rahmat untuk 'rakyat' Bt 16 nie. Mungkin untuk tenangkan jiwa aku yang tengah berserabut ni. 9.18pm adui~ sekali lagi aku 'terrlewat'. Ada 10 minit untuk aku ke SAMER. Chayok..!

Comments