23 April 2009

Komen hari ini

Hari ini masuk hari ketiga Ujian Prestasi Kali Ke-2 di Kafa al Imaniyah. Kertas jawapan yang berlonggok di atas meja itu baru terusik dua tiga helai. Petang tadi subjek bahasa arab, alhamdulillah berjalan lancar walaupun kertas soalan yang aku buat tu ada beberapa kesilapan yang terlepas pandang, maklumlah buat kerja pukul dua tiga pagi, lepas tu mau segera plak! Mana tak nya banyak salah, ehe kena buat post morterm nie.

Untuk masa kedua plak subjek tilawah. Macam - macam bunyi plak aku dengar bila seorang demi seorang murid membacanya. Pelik sungguh, aku rasa aku ajar lain? Ada 6 orang lagi yang aku tangguhkan pada petang esok. Apapun usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk mendidik anak bangsa yang tahu baca al quran.

0 komen:

Post a Comment