11 April 2009

Lata Iskandar ~


Syukur~ setelah lama merancang , akhirnya sampai jua kami di strawberry park ni. 3 jam perjalanan dari Shah Alam memberikan satu pengalaman baru untuk aku bersama keluarga mertua. Tepat jam 3pm kami check in di strawberry park setelah 'pusing-pusing' sekitar taman-taman bunga dan ladang teh. Cuaca pula sangat baik. Panas-panas mendung, sedikit kabus yang menambah kesegaran hawa tanah tinggi.

Risau juga aku akan ada adik-adik yang muntah dipertengahan jalan disebabkan jalan yang berliku-liku dan banyak selekoh. Mujur tiada apa yang berlaku. Jalan yang sempit membuat aku terpaksa memperlahankan kenderaan. Sampai di Lata Iskandar, kami beristirehat dan makan tengahari di tepi air terjun.
Kini, tepat jam 4 kami semua 'syahid' di bawah selimut. Terima kasih Mak Long Liza dan Ibu serta semua. Selamat Beristirehat, moga ceria selalu.

0 komen:

Post a Comment