santai~

Alhamdulillah. Sempat juga aku mengadap depan pc nie. Lama rasanya tidak 'memblog'. Sejak akhir-akhir ini tugasan kerja semakin banyak disamping tanggungjawab yang lain. Sengaja aku pilih tajuk ini bertujuan agar segala tension, stress serta tekanan yang ada sekarang mudah-mudahan akan beransur kurang.

Mencari idea baru untuk menulis sesuatu itu bukanlah mudah yang disangkakan. Perlu ada pendapat serta pandangan yang tersendiri. harap-haraplah aku terus dalam menulis ini walaupun tidak seberapa.

Aku pernah tengok orang menulis, macam-macam idealogi dan perasaan. Ada yang pandai menulis, ada yang suka-suka. Ada juga yang suka 'copy-copy' macam aku ehe dan ada juga yang bertujuan untuk menyatakan pandangan sendiri. Mereka bebas untuk berkata-kata.

Bagi pendapat aku, walaupun kita bebas untuk berkata-kata ataupun bebas bermain kata-kata, yang paling penting adalah sampai maklumat itu pada orang lain dan juga haruslah terbatas dengan batasan syarak. Selagimana batas syarak kita tidak langgari dalam berkata-kata , fal watafatdhol masykuro..

Itu pendapat aku yang kurang pengetahuan ini. Bagi aku setiap orang ada pendapatnya sendiri. Itulah keyakinan sebenar dalam diri. Apa yang kita yakini, itulah yang terhasil dari kata-kata dan pandangan kita. Umpama buah yang ranum elok rasa dan manis buahnya. Hasil dari pandangan atau pendapat yang baik yang memberi manfaat pada orang lain.

Selain kita mempunyai pendapat kita sendiri, kita haruslah mendengar pendapat orang lain juga. Kita tidak boleh merasa diri kita sahaja betul. Satu konsep yang harus dijauhi. Teringat aku akan al Imam Syafie rhm menyatakan dalam ungkapannya bahawa sekiranya jika terdapat lagi pendapat yang lebih sahih daripadanya haruslah diikuti pendapat tersebut. Nah saudara, bukankah kita mengenali bahawa beliau adalah seorang yang hebat ilmu pengetahuannya dari segala sudut, kenapakah beliau melafazkan ungkapan tersebut? adakah disebabkan kurang keyakinan diri? tidak, bahkan semua itu disebabkan rasa kerendahan diri kepada Rabbul Jalil.

Sifat kerendahan diri itulah yang memertabatkan dirinya disekalian manusia yang mengenalinya. Sifat itu yang lebih dikenali dengan tawadu' telah mengangkat diri dan ilmunya. Jadi tauladan yang baik itu harapnya dapat menjadikan kita lebih bersikap kompromi antara satu sama lain. Menerima pandangan orang lain secara berlapang dada. Usah cepat melatah bila ditegur tentang kesalahan yang kita lakukan. Kadang-kadang kita tidak perasan akan perbuatan kita itu. Sentiasalah bermuhasabah diri. Santai~

Comments