16 Mei 2009

Al Imaniah - Hari ini dalam sejarah, aku dapat menyambut Hari Guru buat kali pertamanya sebagai guru. Saat manis itu terlalu berharga biarpun ianya disambut secara sederhana di tempat aku berkhidmat. Kekok, barangkali itu ungkapan yang dapat aku gambarkan untuk pengalaman aku pada awal pagi tadi.

Guru Pembina Generasi Bangsa menjadi motto bagi sambutan hari guru di sekolah kami. Antara tentatif pagi tadi adalah persembahan yang pelbagai daripada anak-anak murid ; nasyid, syair, pantun dan sajak. Persembahan yang menambat hati aku ialah cerita spontan yang disampaikan oleh irfan ( darjah 1 ) dengan loghat pelatnya, irfan petah bercerita kisah hantunya. Dewan bingit dengan gelak ketawa murid-murid lain. Walauapapun irfan berani tampil kehadapan dalam tahap usianya itu. A'zhim..!

Juga yang menarik adalah acara dihujung majlis apabila guru-guru mendapat hadiah dari murid-murid. Keikhlasan yang terbit dari riak wajah mereka membuatkan diriku bersemangat untuk mengajar mereka sebaik mungkin. Insyaallah mereka semua akan berjaya di masa hadapan.

Kesempatan ini, saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru, ustaz, ustazah dan syeikh-syeikh saya samada di SK Tg Sepat, SRA Kg Kundang, SAM Unwanus Saadah, MARTAH, Maahad Shoubra dan Maahad Lughah. Moga usaha kalian mendapat pahala yang setimpalnya. Jazakallahu Khaira Jaza' !

Comments