02 May 2009

Faith Fighter?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan sebuah permainan versi fighting yang memaparkan perlawanan antara ketua-ketua setiap agama. Permainan ciptaan molleindustria dari itali menggambarkan watak 'god' , 'jesus' , buddha bahkan 'muhammad saw' turut disenaraikan didalamnya. Faith Fighter, permainan yang telah aktif sejak 21 Januari 2008 mendapat sambutan kira-kira 7 227 undian itu dikatakan tidak mendapat sebarang bantahan atau komen dari masyarakat antarabangsa terutamanya masyarakat Islam sejak ia diperkenalkan.

Konsep permainan yang melaga-lagakan antara agama mendapat rating dari golongan remaja itu dilihat sebagai agen batu api dan menanam sifat benci terutamanya Nabi Muhammad saw. Secara tidak langsung ia mencabar institusi agama Islam dan juga agama-agama lain. Bahang api yang dimainkan oleh pencipta permainan itu menampakkan lagi sifat busuk hati dan dengki terhadap agama. Adalah suatu perkara yang amat menyedihkan apabila ia berlaku terus menerus tanpa ada sebarang bantahan dari sebarang pihak.

0 komen:

Post a Comment