KAMIL Peringkat Zon Gombak

" Dapat nombor satu, ustaz! " ujar bapa kepada murid hafazan tahap dua meluru ke arahku. Gembira rasanya bila mengetahui keputusan pertandingan hafazan dan tafsiran telah diumumkan. Dengan markah 87 %, murid bimbinganku itu berjaya mendahului 9 buah sekolah lain.

1- Teks tafsiran surah al A'la diolah seusai Raptai pertandingan petang hari Jumaat, sehari sebelum pertandingan sebenar. Salah maklumat berkaitan masa yang diberikan untuk tafsiran.
2- Pertandingan mewajibkan membaca surah al Fatihah yang diketahui selepas peserta pertama diadili.
3- Perlu kepada gaya persembahan untuk memperolehi markah bonus.

Itulah beberapa peristiwa dan perkara yang perlu dinilai semula.

[ Satu lagi kisah ]

" Ustaz, dapat nombor tiga la ustaz " aku ditegur oleh murid peserta perempuan syarahan bahasa arab tahap dua. Ketika itu aku sedang menyaksikan pertandingan azan dan khutbah, sambil berpaling melihat wajahnya yang mencuka. " Takpelah, usaha lagi nanti. Dapatlah nombor jugak kan.." Nasihat ringkasku agar dia tidak terus mencuka dan berputus asa.

Apa yang dimaklumkan kepada aku, bahasa/teks yang disampaikan mudah dan senang difahami. Manakala tahap persembahan suaranya/intonasinya adalah mendatar.

Walauapapun, mabrouk dan tahniah kepada mereka berdua ; Syeikh Aiman Muhammad Hafiy & Nor Afza yang telah berusaha sebaik mungkin dalam Pertandingan Kemahiran Amal Islami di SRA Ibnu Khaldun semalam. Tunggu habis cuti ni, ustaz akan tunaikan janji ustaz !

Comments