Wabak influenza A kini meningkat 331 kes

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan kes wabak selesema babi kini meningkat daripada 257 kepada 331 kes.

Pertubuhan itu berkata, sebanyak 11 negara telah memberi laporan berhubung kes-kes.
Mexico melaporkan, negara itu kini menghadapi 156 kes dengan sembilan kematian.
Amerika Syarikat menghadapi 109 kes dengan satu kematian.

Kanada mempunyai 34 kes, Sepanyol dengan 13 kes dan Britain lapan kes.
New Zealand dan Jerman masing-masing dengan tiga kes, Israel dua dan Austria, Belanda dan Switzerland masing-masing satu kes.

[sumber : mstar online]

Comments