Sambil2 ... Tengok2..

Salam Sya'ban semua..

Lama rasanya tak menulis dalam nie.. sibuk je memajang. Dalam kesempatan waktu ni. terpaksala mencuri2 waktu untuk menulis. Aku ni bukan pandai sangat tulis. kalau tak faham, mintak maaf la bebanyak yer..

Lusa.. aku kena pergi BIG di Port Dickson. Al maklumlah budak baru jadi pelatih guru. Guru j-Qaf ambilan julai tahun ni. Diwaktu tak menulis tu, banyak perkara baru dalam hidup aku. Masuk maktab. Berjumpa dengan ramai orang baru ; di sekolah, di kampung & jugak di tempat pengajian. Semuanya benda baru yang perlu dipelajari.

Esok.. jemputan walimah pasangan kamal & isteri. Sorila la mal, aku taktau nama zaujah kau. Apa pun moga kalian berdua hidup bahagia selamanya. Esok jugak, kena betulkan laptop ni yang dah dekat 2 minggu macam xcukup makan. kejap mati kejap hidup.

Hari ni.. Ke Rawang, ambil kitab dan pakaian dalam kotak kargo yang dah dekat sebulan kat umah wan. Sambil jugak ziarah wan. Dah lama tak pergi sana, sejak dapat masuk maktab haritu.

Malam ni.. pukul 1.19 pagi .. nak tidur dengan isteri yang sentiasa di sisi.. ehe selamat malam, bismikallah humma ahya wa aamut..!

Comments