Al-kisah Ponteng Jumaat

Al-kisah seorang remaja islam yang sihat tubuh badan telah ponteng sembahyang Jumaat.
Sebaliknya dia telah masuk ke ladang kelapa sawit untuk memburu ayam hutan. Dengan berbekalkan selaras senapang patah dan beberapa kotak peluru, dia telah masuk ke dalam ladang tersebut seorang diri. Sedang dia terhendap-hendap di dalam rimbunan semak, tiba-tiba..
dia berlanggar dengan seekor harimau yang sedang tidur lena.

Dia berasa sungguh terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam gaung sementara dia pula tergolek ke arah lain lalu jatuh ke atas sebuah batu besar dan

PRAKKKK! Akibatnya kedua-dua kakinya patah. Adapun ini bukanlah suatu berita buruk untuknya.

Berita buruknya adalah harimau tadi telah terjaga dari tidur, menuruni gaung tersebut dan menghampiri remaja tersebut dengan bengis sekali, sedangkan dia sudah tidak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa remaja tersebut,"Ampunilah dosaku kerana telah ponteng sembahyang Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini. Ampunilah aku ya Allah. Makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku ini HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.." seru remaja tersebut penuh keinsafan.

Tiba-tiba guruh berdentum! Petir sambar menyambar. HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan remaja tadi.

Harimau itu telah bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut
pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar.
Amin!"

Comments

Post a Comment