29 December 2009

Dialog Tengahari Tadi

28-12-2009.
Shah Alam.

"Ayg.. Jomla kite gi Padang Jawa. abg nak beli nomborla". Bilangku pada isteri.
" Nombor 9565.. Best2...! " Dalam fikiranku.
"Jangan beli nomborlah bang.., main nombor kan haram". isteriku menasihati.
"Ala.. bukannye selalu, sekali je. Bukan tiap2 hari beli pun". pujukku.
"Orang kate jangan beli, jangan belila..! tegahnya.
"Ala orang nak beli nombor flat kereta pun tak bagi.."

Haa..! Sedikit dialog aku dengan isteriku pagi tadi, lepas keluar dari showroom kereta. Bukan apa, sambil berjalan dibawah terik matahari tu, nak kasi rasa terhibur jiwa. Kalau tak ada aral melintang, insyaallah awal tahun baru ini nanti dapat kereta barulah. Nantikannya. Oppss.. lupa nak bagitau, kereta tu isteri aku yang punya; dan tukang 'driver'nye akulah. Takpelah, aku tak dapat lagi slip gaji. Takleh lah buat loan.

Berkenaan di akhir dialog kami tadi, kami sepakat tak jadi nak beli nombor tu. Antara sebabnya takde apa-apa makna dalam kehidupan kami berdua kecuali sama je nombor tersebut dengan nombor flat kereta yang ada sekarang ini. Dari kami berhabis duit nak beli nombor yang tak bermakna tu, baik simpan jer.

coretan khas

0 komen:

Post a Comment