Kenapa Perlu Tersenyum

Mulakan hari anda dengan senyuman dan jangan lokek memberi senyuman. Kenapa anda mesti tersenyum?

Mengurangkan kesusahan
Mulai hari ini pasti anda tersenyum walaupun hanya lima saat. Jika setiap hari anda mengasuh diri untuk tersenyum pasti jika ada musibah yang melanda anda masih mampu tersenyum. Tabiat tersenyum itu telah mewujudkan reaksi-reaksi kimia dalam tubuh yang membuatkan anda terus akan tersenyum walaupun menghadapi hari-hari yang sukar.

Melatih anda bersikap positif
Dengan senyuman sahaja anda boleh mengubah keadaan diri. Tiba-tiba apabila pulang ke rumah selepas kerja anda dapati rumah bersepah seperti tongkang pecah kerana anak-anak tidak mengemas semula selepas bermain. Tentu perasaan marah muncul tetapi apabila anda memandang dengan senyuman situasi tersebut akan mengubah keadaan. Kita melihatnya situasi tersebut dari sudut yang berbeza dan memberi kebahagiaan dalam hidup juga melatih agar sentiasa berfikiran positif.

Membahagiakan orang lain
Apa perasaan anda jika anda mula menjejaki sebuah pejabat disambut dengan senyuman dan bagaimana pula rasanya jika hanya dipandang sepi oleh para pekerja. Apabila disambut dengan senyuman hati kita pasti berbicara bahawa kedatangan sangat dialu-alukan dan sebaliknya. Hanya dengan senyuman kita boleh menceriakan kehidupan orang lain dan membuat individu lain rasa dihargai.

Mudah untuk tersenyum
Sebenarnya apabila seseorang berkerut mereka memerlukan 72 otot untuk bekerja manakala jika tersenyum hanya 13 otot sahaja yang diperlukan. Inilah buktinya apabila orang mengatakan dengan senyuman anda boleh mengekalkan awet muda berbanding orang yang sering marah-marah.

sumber : karangkraf


Comments