Baru Lega Hati Ini

Ketika mana artikel ini di 'post', penulis berada di Johor Bharu. Ini kali pertama penulis berada di Johor Darul Takzim. Sian.. dah lama duduk Malaysia tak semua negeri dapat berjalan. Tujuan utama ke Johor adalah untuk mengambil Sijil Syahadah Asliah di Kota Tinggi. Memulakan perjalanan pada pukul 8 pagi dari Shah Alam bertemankan pendamping setia yang selalu berada disisi. Kemudian berehat sebentar di Pagoh kira-kira pukul 10.00 pagi untuk mengisi perut dan minyak.

Hampir jam 1.15 petang, kami tiba di rumah Abg Nan di Taman Kota Jaya 2, sepertimana alamat yang diberikan melalui sms tapi sijil itu rupanya berada di rumah bapanya ; juga bapa kepada Amal, junior mesir di Felda Aping.

Perjalanan ke rumah yang dituju akhirnya sampai kira-kira jam 2.15 petang selepas solat jamak di Masjid Jamek Kota Tinggi. 'Lega rasanya dapat sijil ini, pakcik. Terima kasih banyak-banyak yer'. Itu ayat pertama yang terluncur dari mulut setelah Pakcik Arsyad menyerahkan sijil syahadah penulis. 'Takde ambik gambar ker?' ajuk Pakcik Arsyad hehe . Yelah, itukan Ijazah, biasanya bila boleh dapat sijil itu? tentu masa konvo jer kan. Mestila ade ambik gambar. itulah yang dimaksudkannya.

Kepuasan terasa ketika memegang sendiri Sijil Syahadah itu, yelah penat lelah selama 3 tahun bertungkus lumus akhirnya dapat melihat sendiri hasilnya didepan mata. Pulak itu ambik sampai ke Johor, tiga empat jam memandunya. Puas..

Kedatangan kami begitu diraikan sekali. Syukran Jazilan Wa Khara Jaza', diucapkan kepada Hj Arsyad sekeluarga.

Salam Takzim dari taufik dan isteri.
Sabtu 27hb Mac 2010

Comments