Hafs Bin Sulaiman

Nama sebenar beliau ialah Hafs bin Sulaiman bin al Mughirah bin Abi Daud al Asadi al Kufi al Bazzar. Kuniahnya ( gelaran ) ialah Abu Amr. Lahir pada tahun 90 H. Beliau mengambil bacaan secara terus daripada bapa tirinya sendiri iaitu Ashim bin Abi al Najud. Bapa tirinya itu merupakan salah seorang dari imam qiraat al mutawatirah.

Dikatakan bahawa beliau belajar al Quran dari Ashim lima ayat ke lima ayat seperti cara belajarnya seorang anak kecil. Beliau seorang alim yang mengamalkan ilmunya dan paling mengetahui tentang qiraat Ashim.

Berkata Yahya bin Mu'in : Riwayat yang sahih yang aku riwayatkan daripada qiraat Ashim ialah riwayat Abi Amr Hafs bin Sulaiman.

Berkata pula al Zahbi : Beliau adalah seorang yang thiqah dan thabit dalam dhabt di dalam pembacaan.

Telah diriwayatkan dari Hafs, beliau berkata : aku bertanya kepada Ashim : Sesungguhnya Aba Bakr Syu'bah berselisihan pembacaanya denganku. Maka Ashim berkata : Aku bacakan kepada engkau dengan pembacaanku dari Abu Abd al Rahman al Sulami dari Ali ra. Manakala pembacaanku kepada Aba Bakr dengan pembacaan dari Zar bin Habisy dari Abdullah bin Mas'ud ra.

Ibn Mujahid berkata : Diantara Hafs dan Abi Bakr terdapat 520 huruf perselisihan dari segi pembacaan yang masyhur antara keduanya.

Beliau meninggal pada tahun 180 H ketika berusia 90 tahun.

Comments

  1. bacaan al-quran yang selalu kita baca, adalah mengikut bacaan hafs 'an 'ashim

    ReplyDelete

Post a Comment