29 April 2010

Tak Solat : Bagaimana ini?

Pada pukul 10.55am aku menuju ke kelas 3J seperti lazimnya. 38 orang murid telah bersedia untuk belajar Ulum Syariah pada hari ini. Sejak 2 minggu yang lalu, soalan aku yang pertama ; siapa tak solat subuh pergi ke hadapan? maka keluarlah murid-murid yang tak solat subuh ni. Walaupun bilangannya lebih 5 orang, alhamdulillah kuantitinya semakin berkurangan dari hari ke sehari.

Misi aku bulan ini, sifar murid tak solat subuh. Tiap-tiap kali masuk mesti kena tanya, dan hukum mereka supaya solat subuh secara qada'. Aku beritahu mereka, aku tidak akan mula sesi pembelajaran selagi ada murid yang tidak solat subuh. " Kamu belajar ilmu ini sunat tapi solat subuh itu wajib, mana dahulu yang patut kamu tunaikan?". Masing-masing mengiakannya.

Dari sini aku tengok, budak-budak seusia 9 tahun ini perlu di follow up untuk segala perkara yang kita nak buat. Misalnya dalam perkara solat ini. Mula-mula dulu, lebih 3/4 murid kelas itu tidak solat subuh. Bagaimana ini? aku ini mengajar matematik ke pendidikan islam? timbul persoalan itu dalam diri. Atas sebab itulah aku mula tanam semangat, tanya murid-murid yang tidak solat subuh. Siapa tidak solat, pasti kena hukum dan diarahkan solat subuh qada' serta merta!.

Selain kita hukum mereka, kita kenalah juga beri sedikit semangat dan motivasi. jangan asyik nak rotan budak saja.Pastikan mereka faham apa tujuan kita berikan hukuman ke atas mereka. Dari sini, timbullah rasa kesedaran diri mereka sendiri. Pesan pada mereka, Allah yang suruh dan arah kita solat. Kalau tak solat, ilmu susah nak masuk dalam hati. Sebab itulah, kenapa kita belajar selalu susah nak faham? Beri mereka masa untuk fikirkan seminit dua.

Aku masih lagi melaksanakan misi aku ini, aku nak pastikan kelas yang aku masuk semua muridnya bersolat. Bagi kita, semestinya melaksanakan solat dengan sempurna disamping menambah amalan sunat yang lain. Hati yang kotor tidak akan menerangi hati kotor yang lain.

0 komen:

Post a Comment