Ayat Makkiyyah Dan Madaniyyah

Umumnya, kalau disebut ayat makkiyyah kita akan cakap ayat tersebut diturunkan di Mekah manakala ayat madaniyyah pula dirujuk sebagai ayat yang diturunkan di Madinah. Betul, berikut merupakan sebahagian atau salah satu dari pandangan ulama' berkaitan dengan definasi ayat makkiyyah dan madaniyyah.

Hakikatnya, ia sebenarnya dapat didefinasikan kepada tiga pandangan. Ia bukan hanya setakat kita dasarkan kepada penduduk atau mekah/madinah itu sendiri. Bahkan ia dikategorikan kepada masa, tempat dan tumpuan penurunannya.

Apakah yang dimaksudkan dengan masa itu. Masa itu merujuk kepada sebelum atau sesudah hijrah Nabi saw. Ini adalah pandangan atau pendapat yang masyhur mengenai definasi ayat makkiyyah dan madaniyyah. Kalau ditanya pengertian ayat makkiyyah, kita katakan bahawa ayat-ayat yang diturunkan sebelum hijrah. Begitu sebaliknya, ayat madaniyyah pula diturunkan selepas hijrah baginda saw.

Merujuk ayat pengharaman memakan bangkai, darah dan sebagainya dalam surah al-Maidah yang diturunkan di Padang Arafah, Mekah itu memperkuatkan hujah bahawa definasi yang diberikan oleh ulama' dikaitkan dengan masa itu adalah lebih tepat dan relevan. Imam Bukhari dalam kitabnya Tarikh Tasyri' menyebut penurunan wahyu berlangsung sebelum hijrah selama 12 tahun 5 bulan dan 13 hari. Manakala diturunkan wahyu selepas hijrah berlaku selama 9 tahun 9 bulan dan 9 hari.

Kedua ialah tempat. Pandangan kedua menyebut bahawa ayat makkiyyah dirujuk kepada penurunan wahyu berlaku di tanah Mekah itu sendiri dan kawasan sekitarnya samada Arafah, Mina dan Hudaibiyyah. Manakala ayat madaniyyah pula diturunkan di tanah Madinah.

Ketiga ialah tumpuan penurunan. Pandangan ketiga ini menyatakan bahawa ayat makkiyah ditujukan kepada penduduk Mekah dan ia mesti bermula dengan يا ايها الناس . Begitu juga ayat madaniyyah ditumpukan kepada penduduk Madinah dan ayatnya bermula dengan يا ايها الذين ءامنوا .

Kesimpulannya, tidak salah kalau kita kata ayat makkiyyah diturunkan di Mekah dan bermula dengan ياايها الناس atau ayat madaniyyah diturunkan di madinah dan ianya bermula dengan ياايها الذين ءامنوا . Sebaiknya, definasi itu kita dahulukan dengan menyatakan pandangan yang pertama kerana ianya itu adalah lebih masyhur dan lebih rajih.

8.00 pm
Bandar Baru Salak Tinggi

Comments