07 June 2010

Sabar Syukur Redha Tawakal

Esok pagi aku harus meneruskan kursus KPLI j-QAF untuk set induksi yang terakhir sebelum memulakan praktikum pada akhir bulan Jun ini. Kursus selama 2 minggu ini memang menguji kesabaran. Mana tak nya, orang lain cuti 2 minggu, aku langsung tiada cuti walaupun di cuti pertengahan tahun ini. Sabarlah, akhir tahun ini saja. Kena pujuk hati ini, biar banyakkan bersabar.

Untuk kerja di sekolah, alhamdulillah. marking kertas dah selesai untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun ini. Seronok juga tengok anak murid semua lulus. 3 orang dapat 96 peratus. Paling tak disangka, Daniel ! Kalau belajar kat kelas, dia selalu buat perangai. Nak pergi tandaslah, nak itu ini lah. Kalau ditanya, jawapan entah apa-apa. Tapi akhirnya, dia dapat buktikan juga yang dia bagus.. Alhamdulillah.

3 minggu sebelum cuti ini, di sekolah memang sibuk dengan macam-macam program. Sukan Tahunan, Sambutan Hari Guru, Gotong Royong Perdana, Peperiksaan Pertengahan Tahun. Dalam pada itu, Wak Madon pulak offer tanah kat aku, macam best je. Buat aset masa depan. Fikir punya fikir.. aku ini mana ada duit. Yelah.. jawatan pun tak tetap lagi. Cuba tanya sana sini, hmm.. semua orang tak dapat nak bantu. "Takde rezeki ustaz, walau macam mana pun pasti ada hikmahnya". kata Cikgu Mazni.

1 minggu sebelum cuti. "Abang, hihi.. Muahh..! " Ayg pregnant. Jom kita jumpa doktor. Alhamdulillah, doktor sahkan dah 6 minggu. Ooo... Inilah hikmahnya. Cantik saja, susun atur perancangan Allah itu. Dia beri kami zuriat pada masa yang sangat-sangat sesuai. Satu, dijangka aku habis saja kursus, baby pun bakal lahir. Dua, Tak dapat rezeki tanah, Allah beri rezeki yang lebih baik dari itu ; Zuriat. Syukur tak terhingga..

Apapun, hari seterusnya perlu diteruskan. Cabaran hidup pasti akan datang. Sentiasalah bersedia menghadapinya. Teruskan dengan sikap redha dan tawakal..

Shah Alam
12.55 am

4 comments:

  1. tahniah abg taufiq...semoga menjadi pemimpin yg baik n soleh....jage k.long elok2....luv u both...n baby blk lahir..:)

    ReplyDelete