28 October 2010

Dinar Emas Di Zaman Kesultanan Melaka

Ketika Zaman Sultan Iskandar Shah (Parameswara) mula membuka dan memerintah Melaka pada Masihi 1400, negeri Melaka tidak mempunyai mata wangnya sendiri .

Ini jelas dapat dibuktikan seperti yang tercatat dalam catatan Laksamana Ying Chin (sebelum Laksamana Cheng Ho) yang menulis ketika itu Melaka masih mengamalkan sistem ‘tukar barang’.

Apabila Sultan Iskandar Syah (Parameswara) mengahwini putri dari Pasai yang sewaktu itu sudah tersohor sebagai Negara Islam yang terkenal di rantau ini, maka baginda mula menggunakan matawang Pasai tersebut di negeri Melaka.

Gambar yang bakal anda lihat di bawah adalah wang emas tulen yang pernah digunakan pada era pemerintahan Sultan Iskandar Syah (Parameswara) dari Masihi 1400 hingga 1414. Matawang ini dinamakan Dinar. Ia seberat 1 tahil dan kini telah berusia 600 tahun !

Sumber: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.


Inilah Dinar Emas di awal zaman Kesultanan Melayu Melaka milik Sultan Iskandar Syah (Parameswara) digunakan pada 1400-1414 Masihi. Dinar ini telah berusia 600 tahun !

Sumber : Dinar Emas

0 komen:

Post a Comment