15 November 2010

Pelajar Muslim Di Terengganu Akan Dikehendaki Membaca Al-Quran Tiap Hari Mulai Tahun Hadapan

BESUT: 14 Nov (Bernama) -- Setiap pelajar Muslim di Terengganu dikehendaki memulakan sesi persekolahan harian mereka dengan membaca al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud, berkata ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya mem-beri penekanan serius kepada pembangunan sahsiah seiring dengan kecemerlangan akademik yang dicapai pelajar.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha memastikan warga sekolah memiliki sahsiah dan akhlak yang mantap, selaras dengan usaha membasmi masalah disiplin kalangan pelajar sekolah di Terengganu.

“Bagi pelajar Islam yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil pula, ustaz akan digunakan bagi menguruskan mereka secara berkumpulan,” katanya di sini, semalam.

Razali berkata, semua program pembangunan sahsiah pelajar seperti perkhemahan pula akan dilaksanakan dalam kawasan masjid dan tidak lagi di resort atau hotel sebagaimana diamalkan sebelum ini.

Sementara itu, Razali berkata, semua sekolah di Terengganu dikehendaki mengadakan program solat ha-jat sebelum cuti persekolahan bermula minggu depan.
– BERNAMA

2 comments:

  1. bagus program nie...
    harap lepas nie seluruh malaysia wat cmnie jgk..

    ReplyDelete