Dinar Darul Ehsan Dilancar

AMSYIQ sekali lagi melangkah kehadapan apabila berjaya menerbitkan dinar yang dinamakan Dinar Darul Ehsan. Penasihat Syariahnya Syeikhulmaqari Hj. Othman bin Hamzah menyatakan tujuan pengeluaran dinar tersebut untuk mempercepatkan pengaliran dinar emas bergerak dalam masyarakat. "Langkah kami ini juga bertujuan memudahkan orang ramai khususnya di Negeri Selangor membeli, menjual dan menyimpan dinar emas. Sekaligus menggalakkan umat Islam menyimpan emas”.

Ketika ditanya adakah ia sebagai matawang alternatif. Beliau menjawab emas sesuatu yang bernilai. Ia boleh menjadi barangan yang boleh dijual beli atau sebagai barangan yang digunakan dalam pertukaran barangan atau dikenali sistem barter. Namun kalau semua umat Islam mahu menggunakannya dalam muamalat harian, dinar dapat melaksanakan tugas tersebut kerana ia telah dilaksanakan pada zaman Nabi S.A.W, Umar dan khalifah-khalifah sesudahnya. Dari segi agama kita telah melaksanakan sunnah Nabi S.A.W.

Puan Hajah Khainarida sebagai Pengarah Urusan AMSYIQ GOLD ENTERPRISE pula menyatakan mengenai bentuk produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut adalah Satu Dinar Darul Ehsan, setengah dinar dan jongkong emas sepuluh gram. Harga mengikut harga semasa yang bergerak setiap dua puluh minit sekali seperti yang dipaparkan dalam blog http://syeikhulmaqari.blogspot.com atau http://emas-amsyiq.blogspot.com. Kami juga sedang membuka pengambilan dealer untuk mengedar dan meluaskan pengaliran dinar dan emas ini. Dan kami juga sedang mencari pelabur yang hendak sama-sama membangunkan perniagaan ini”. Katannya mengakhiri perbualannya.

Comments

  1. Bila masa pulak ade yuran seumur hidup?

    ReplyDelete
  2. tue dulu punye artikel. syarat tu dah berubah. sekarangni age dah semakin maju. alhamdulilah

    ReplyDelete
  3. Adakah anda memerlukan apa-apa jenis pinjaman jika ya kontrak saya Encik Anthony yang membantu saya dengan pinjaman hanya beberapa minggu lalu, saya hanya perlu berkongsi ini di seluruh dunia untuk memberitahu orang ramai bahawa masih ada orang yang baik dipanaskan di dunia hari ini. Saya benar-benar kehilangan wang untuk penipu dalam talian semua kerana saya terdesak untuk pinjaman. Sehingga saya melihat komen tentang dia, menghubungi beliau bukan kesilapan tetapi impian datang untuk saya. Sekarang saya seorang lelaki bahagia dengan keluarga saya. Hubungi dia jika anda memerlukan sebarang pinjaman di: susan.credit@hotmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment