07 January 2011

Anda Tanya Tentang Emas

Apakah jenis emas yang sesuai untuk disimpan?

a. gold bar
Kelebihan:
1. Emas 999 (24 karat), mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi bila kita menjual kerana kandungan emas padu.
2. Lebih menjamin simpanan.
3. Harta yang sebenar, orang lelaki kata.. gold bar "gentleman business".
4. Susut nilai yang rendah, hanya 6% dari harga pasaran.

Kekurangan:
1. Harga yang lebih mahal, ramai yang tidak berkemampuan.
2. Harus simpan sijil ketulenan sekiranya bertujuan untuk pajak di Agro Bank sahaja.

b. Barang kemas
Kelebihan:
1. Bagi perempuan yang sukakan barang kemas untuk dipakai.
2. Mempunyai permintaan yang tinggi.
3. Senang dijual, market lebih besar termasuk orang perseorangan (jual kpd kawan dan lain-lain)
4. Pajakkan boleh dibuat di Agro Bank juga Bank Rakyat tanpa memerlukan sijil ketulenan.

Kelemahan:
1. Harga yg tinggi hanya kerana termasuk upah membuat barang kemas.
2. Ia adalah barangan perhiasan yang bila dijual dan akan jatuh nilai kerana dikira USED GOLD (kira macam second hand).
3. Keuntungan tidak setinggi menyimpan gold bar kerana spread/susut nilai yg tinggi 20%.

Maka sekiranya kita berniat ingin menjana keuntungan jangka masa panjang yang lebih bernilai, simpanlah gold bar. Namun sekiranyn tidak mampu, cukup lah sekadar menyimpan 1 dinar (emas 916 sama dengan barang kemas) tetapi kalau berpeluang, tambah bila ada duit simpanan. Jangan berhenti menyimpan kerana nilai emas akan naik jauh berganda dari nilai mata wang.

Tempoh masa untung?

Katakan saya beli gold bar tahun 2010 100gram = rm 16 000...bilakah masa yang sesuai untuk jual? kat mana nak jual?
Kalau awak dah pegang, awak akan sayang nak jual kerana itu ia dikatakan simpanan jangka panjang.

Sekiranya awak beli 100 gram 16,000 ... lepas setahun nilai nya mungkin 20,800. Sekali awak jual, ya' ada keuntungan besar tetapi, ia tetap menjadi wang kertas dimana apa yg anda boleh lakukan dengan 20,800 setahun lagi?. bayar deposit rumah dan habis keuntungan anda sekelip mata! Walaubagaimana pun, planning ni tetap bagus sebab dlm setahun awak hanya simpan duit berjumlah RM16k tanpa menambah wang simpanan, awak dah berjaya menghasilkan RM20,800 akan tetapi pada waktu itu.. sekiranya baru awak sedar, awak ingin membeli emas semula.. emas sudah naik harga.

Awak akan tanya, habis dimana untungnya?;

Untung bila....
awak ada RM16,000 daripada awak beli sekeping akan berlaku perkara diatas awak tukar strategy kepada;

Harga anggaran hari ini:
50 gram RM7,900 x 1 keping = RM7,900
20gram RM3160 x 3 keping = RM9,480
jumlah = 17,380

Apa yg perlu anda lakukan;
50 gram sebagai aset... untuk hartanah selepas beberapa tahun nilai berganda

20 gram sebagai sandaran untuk keadaan mendesak - pendidikan anak-anak/hospital

20 gram sebagai backup plan (pajak bila perlu dapatkan cash) setakat nak pakai wang RM2-3k.. dari kita pakai credit card dgn interest tinggi, kita boleh pusing keperluan wang kertas dengan harta sendiri tanpa masalah birokrasi bank sekiranya kita mahu membuat loan. Kita juga boleh mengelak RIBA.

20 gram - jana keuntungan untuk jangka masa singkat tunggu harga naik, beli RM3160, lepas setahun JUAL RM4,108 (berdasarkan kenaikan paras PURATA 30%).

Semua yg saya sebut diatas bleh diolah berdasarkan keperluan masing2. terpulang. Jadi bila dah tahu.... nak ker kita jual?... atau kita biar dan jamin kesenangan masa hadapan. Tunggu nilai betul2 naik, boleh buat pelaburan hartanah, rumah yg lebih besar untuk anak-anak.. atau beli flat untuk disewakan, dapat duit bulan-bulan. dan selebihnya simpan sahaja, tengok emas kita naik harga lagi, lagi dan lagi.. lagi lama simpan lagi tinggi nilai, bila nilai dah tinggi, fikir pelaburan apa yg kita mahu untuk menjana simpanan diatas simpanan tadi.

Jadi bila ada duit, jangan beli seketul.. tapi pecah-pecahkan pelaburan kita, agar setiap satu bersebab dan boleh dijual secara berperingkat mengikut keuntungan yg kita mahu seperti yang dikatakan diatas.

Sekiranya anda didalam bidang perniagaan dan ingin mempergunakannya sebagai modal pusingan berniaga:

Beli 100gram:
tidak perlu melalui karenah birokrasi bank dengan memohon LOAN yg belum tentu lulus, hanya pajak dan dapatkan wang tunai, bayar "upah simpan" sahaja!

Anda telah berjaya menjimatkan interest bank yg tinggi dengan "upah simpan" yang jauh lebih rendah secara tidak langsung menjana keuntungan semaksimum mungkin. untuk memaksimumkan keuntungan, tebus semula selepas traksaksi berniaga bagi memendekkan tempoh tebus dengan upah simpan yg rendah.


Anda berjaya mengelak RIBA
__________________

Bahan Bacaan dari
DinarPondokBurok

0 komen:

Post a Comment