25 May 2011

PUNCA Ar-Rahnu Agrobank tak terima pajakan Emas 'Wafer' & Syiling Emas

Seperti yang kita maklum, Agrobank telah menghentikan pajakan emas 'wafer' buat sementara waktu. Soal berapa lama tu tak kita ketahui dengan jelas. Aku ada bertanya kat staf Ar-Rahnu HQ tentang bila bank nak buka balik semula. Jawapan yang dia kasi ialah dalam tahun 2011 ni bank akan benarkan semula pajakan emas 'wafer'. Tapi aku kurang yakin dengan jawapan staf pompuan yang cun tu. Biasanya pihak bank tak akan bagi jawapan hampa kat pelanggan mereka. Tak percaya, pergilah mana-mana bank pun pasti cakap berlapik punya.

Aku rasa bersyukur kepada Allah S.W.T sebab kebetulan bini aku adalah pegawai Agrobankbahagian maklumat kredit. Kelebihan jawatan yang disandang ini ialah boleh tengok rekod hutang peminjam. Aku tak bagitau tingkat berapa department dia. Tapi bini aku lebih tahu cerita dalaman pasal Ar-Rahnu ni.

Ceritanya bermula selepas Manager Bank (MB) ternampak seorang pelanggan agen/dealer yang aku taknak sebutkan nama syarikat ni yang perkenalkan skim pembiayaan 30/70. Agen/dealer kat depan bank sedang asyik main campak mencampak wang tunai yang agak banyak jugak ke dalam boot kereta. Mungkin pelanggan atau agen/dealer tu tak perasaan MB ni tengah sibuk dok perhatikan gelagat dia. Kat situlah timbul rasa tak puas hati MB tadi yang menyebabkan pihak bank bekukan sementara pajakan emas 'wafer'. Pada pendapat aku memang tak elok pelanggan tu buat perangai macam tu sebab rezeki yang Allah S.W.T berikan dibuat main-main.

Sebenarnya, banyak isu dalaman Ar-Rahnu yang bini aku cerita. Tapi sangat teknikal. Apa yang aku nak ceritakan ialah dari sudut pelanggan sahaja. Satu lagi punca ialah keghairahan orang ramai menyertai skim pajakan emas 30/70. Bukan setakat 100gram yang diorang pajak. Rupanya pajakan melebihi sekilo lagi ramai! Memang sah, ramai yang dah terjerat dalam skim ni. Bukan semua yang mampu beli emas secara tunai. Yang kesiannya, bagaimana si peminjam ni akan menebus balik emasnya secara mutlak nanti? Lebih-lebih lagi yang buat personal loan. Kalau si peminjam tadi gagal, maka dealer jugaklah akhirnya yang beli emas tu. Peminjam dapat apa? Dapat 30% wang tunai dan untung atas kenaikan emas jelah! Kalau nak tebus kena buat networking serampang 2 mata iaitu MLM + Program Pemilikan Emas 30/70. Persoalannya berapa ramai yang ada 3S iaitu sanggup, sabar dan sacrifice?

Selain itu, yang menjadi masalah ialah pelanggan yang memajak emas wafer & syiling/dinar yang tak melebihi 100gram. Apabila bank dah terlalu banyak beri pinjaman bagi pajakan melebihi 100gram hingga 1kg. Tuan cuba bayangkan sendiri bagaimana pihak Ar-Rahnu nak buat pusingan tunai kalau dah berpuluh ribu malah ratusan ribu hingga jutaan RM diberi pinjam. Nak tunggu pulangan, kenalah cukup edah 6 bulan. Paling tidak pun pelanggan buat lanjutan tempoh 3 bulan lagi. Pastu buat overlapping dan lagi dan lagi dan lagi.

Kesimpulannya, bukan Agrobank yang menghentikan pajakan emas wafer ni, tapi Allah S.W.T yang tarik balik nikmat rezeki emas ni. Punca ialah sikap kita sendiri yang bersifat takabur dan riak dengan rezeki yang Allah bagi. Ketahuilah bahawa nikmat yang Allah berikan atas dunia ni hanya sedikit sahaja.. Wallahualam. Yang baik itu datang dari Allah, yang tak baik itu datang daripada saya.

Nasihat buat diri aku dan warga CG semua ialah kena faham tujuan sebenar Ar-Rahnu diwujudkan.

Sumber : CariGold

--------------

p/s ; Wallahua'lam.

0 komen:

Post a Comment